Monday, March 26, 2018
ia akan bermula dengan sesuatu dan berakhir jua dengan sesuatu, tanpa perbicaraan dia dituduh bersembunyi. Jauh tanpa selidik.
oleh kerana cerita ini panjang, aku simpulkan dalam definisi. menurut istilah yang aku sendiri mengerti, cerita sang Mahkluk pencuri haruman dunia. yang meneroka disegenap benua mencari bauan terharum dikurnia oleh Dia, haruman yang kekal selama ada masa. Aku tahu itu. Wajahnya buruk persis bauan bangkai. mencari haruman dunia, untuk mengubat bauan sendiri. itu dia. aku tahu itu dia.
Dalam garis-garis cahaya matahari terakhir dia menyelinap. dibalik setiap garis tersebut, ada antaranya askar-askar penjaga bunyi yang sunyi cuba menyerang namun gagal lagi, sehingga cahaya matahari itu hilang menjadi kegelapan. sehingga malam terpisah dua. askar-askar bunyi itu mati, menjadi lagu yang berhenti, hidup setelah dimain semula. sehingga itu pencuri haruman itu bebas mencari haruman.
ada riwayat berkata, si pencuri ini pernah bersua dan ditangkap penjaga masa. sehingga terlepas semula. banyak cerita berlegar tentang dia. Wajahnya buruk, bengis dan ganas, kurus dan hitam. Makanannya haruman wangi, suaranya tidak lagi berkata-kata, setelah ditarik oleh askar-askar bunyi. dia diharamkan hidup oleh mereka, yang punya kuasa. sehingga masa ini, tiada siapa yang tahu bagaimana dia bebas.
Makhluk pencuri haruman ini pernah mencuri haruman dunia, disatu sudut. sehingga hilang lagi rasa bahagia. sehingga manusia berperang sesama mereka. mencari bahagia masing-masing. untuk kekal bersuara. untuk kekal menjaga haruman sesama manusia sehingga lupa, yang ingin diperangi adalah makhluk pencuri haruman, bukan sesama penjaga. disatu sudut perang berkuasa. bila mana haruman tidak lagi ada.
jaga-jaga Mahkluk pencuri haruman masih ada, diantara setiap garis-garis cahaya. bertarung bersama penjaga bunyi setiap masa, sehingga selesai segala. kerana itu haruman wangi tidak lagi ada.
Monday, March 19, 2018
suara di kertas
jika penghujung sekarang jalan menuju ke mana-mana. bawa aku.
Sekeping
kertas di atas meja. berbicara tentang hidup, seabad lebih dia
menasihat rumpun jiwa dari celaka. suara nya kuat nyaring penuh
kebencian. kau telah tahu. biar tiada bukti. lalu aku ronyok dan buang.
berhenti dan pandang ke sini. bukan kau tidak mampu, bukan kau tidak
mahu, kau tidak berani. dengar suara ini. ia belum berakhir. cerita ini
belum berakhir. ada suara disini. yang kau tidak dengar. ada suara
disini. yang kau biarkan kalah.
rumpun
jiwa ini kau jangan paksa, biarkan ia mengalir seperti sungai, ke arah
hilir. sungai ini jangan kau halang, kelak melimpah jadi banjir. biarkan
ia mengalir sedamai dulu semula. jangan biarkan kalah, terus berpegang
pada tebing, jangan melimpah.
kau
tak perlu tinggikan suara, kuatkan nada dengan nasihat. tidak kalah
jika menyerah. tidak menang dengan senang. tidaklah dijadikan lumpur itu
sia-sia kecuali mengubat luka tebing, supaya sungai terus mengalir.
sekeping kertas bercakap pada aku dan menasihat. dan kertas itu diam semula.
Thursday, March 8, 2018
ubat kuat
selalu nya yang indah itu datang bila cukup-cukup sejuta kesengsaraan.
lebuh raya jiwa ini kembali tenang. dalam kekusutan jalan yang bercabang kiri dan kanan. yang terjadi akan tetap terjadi, bila ia mahu terjadi. terapungan jalan itu dalam sentuhan yang tidak punya rasa.
sedikit sahaja semangat diperlukan untuk terus hidup. semangat yang dibohongi oleh keadaan. pasti disana dia tersenyum dan mengerti melihat kau sedang berperang dengan rasa. disaat kau rasa lemah dan berputus asa, sedang dia pula tahu seorang wira sedang dilatih untuk menjadi hebat.
esok ini aku kembali lagi disini, dan dia tahu aku akan kembali.

Monday, March 5, 2018
pita rakaman
mungkin hidup aku lebih baik kalau aku pilih jalan lain. mungkin hidup aku lagi baik kalau aku berusaha dari awal. mungkin aku dah lama mampu membanggakan mak ayah kalau aku memilih jalan lain. aku mahu berhenti. aku mahu hidup sekali lagi. aku mahu dilahirkan semula. Tuhan. aku mahu dihidupkan semula.
aku mahu bermula semula. kerana mungkin aku dah lama hidup selesa kalau aku memilih jalan lain. kerana aku mungkin dah lama membanggakan mak ayah aku kalau aku pilih jalan lain. yang telah sekian lama berhasrat. mungkin hidup aku sudah lama elok, jika ada yang menasihati aku dulu. untuk memilih jalan yang elok, dan menjanjikan sesuatu, dari jalan yang gelap dan banyak selekoh ini.
susah jalan ini Tuhan, semestinya kau lagi mengerti. dan peritnya jalan ini, sehinggakan jalan ini masih gelap bagi aku. gelap dan tidak berpenghujung. meraba-raba dalam gelap aku, aku ingat jalan ini senang.
Tuhan, aku mahu ulang hidup ini sekali lagi.cuma sekali lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)