Monday, September 10, 2012

I'M A GEMS STONE (Part 1)

orang pertama yang memperkenalkan aku dengan Gems adalah sepupu aku, dia yang mendaftarkan aku.
Ketika mula mula menamatkan pengajian, aku seperti mereka yang lain yang mempunyai sejuta cita-cita untuk menjadi seseorang yang berguna kepada negara aku. Seperti mereka yang lain juga, aku selalu tercari cari apa jati diri yang harus aku bawa kerana orang cakap, kalau ingin berjaya, kita harus mempunyai jati diri yang kukuh dan kuat. Barulah kita tidak mudah leka dengan kealpaan dunia. Aku juga tidak terlepas dari perasaan keliru dengan situasi pekerjaan yang tidak menentu dan hampir setahun aku menganggur.Ia tidak mudah dan bukan sesuatu yang singkat bagi aku, kerana masa itu sangatlah bernilai bagi aku.

GEMS dan isu pendidikan negara

Orang yang bertanggung jawab memperkenalkan aku dengan Gems adalah sepupu aku.Sepupu aku mendaftarkan diri aku di salah satu booth Gems pada pameran kerjaya tahun lepas dan sebenarnya aku tidak yakin yang aku dapat masuk sebab kelayakan aku tidaklah setinggi mana.bahasa yang lebih mudah adalah cukup cukup makan.Dan bermula dari hari aku keluar universiti, sebenarnya aku tidak yakin untuk diterima kerja. Kegagalan aku untuk dapat pointer yang bagus bagus, maksudnya 3.5 ke atas, bukan lah kerana aku pemalas, atau tidak belajar tapi lebih kepada aku tidak faham dengan sistem pembelajaran di Malaysia.Bukan aku mahu tuduh atau menyalahkan sistem kita tapi itulah hakikatnya, banyak isu yang mungkin timbul, tapi tidak aku sebutkan kali ini.

Kegembiraan dan kecewa

Pepatah cina mengatakan bahawa jika kita beri seekor ikan kepada manusia, dia mungkin boleh hidup sehari, namun jika diberikan joran, dia mungkin dapat hidup lagi setahun.Secara mudahnya, kehidupan menuntut kita sendiri untuk berjaya, bukan melalui usaha orang lain.Kisahnya, apabila sepupu aku mendaftarkan diri aku di Gems, aku tidak yakin dengan kebolehan aku. aku tidak yakin bahawa aku mampu untuk masuk sebuah program yang sangat berguna kepada lepasan graduan. Dan memang aku betul sehinggalah pada satu hari aku mendapatkan panggilan daripada pihak gems yang mengatakan ada 'phone interview'.ketika itu aku berada di kampung,jobless.Saat itulah aku sedar yang harapan aku kembali cerah untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kawan kawan yang lain.Dan bukan mudah untuk mendapat rasa tersebut.Aku hanya bersetuju dengan segala syarat yang ditawarkan kerana aku tahu ini lah satu satunya peluang aku untuk bangkit kembali dan aku menunggu interview tersebut.

Setelah beberapa minggu menunggu, aku kecewa kerana panggilan yang aku harapkan tidak juga muncul dan semangat aku kembali jatuh.nak saja aku kembali bekerja dekat kedai seven eleven.Dan bekerja di situ bukanlah apa yang aku harapkan untuk setahun yang akan datang.Ia tidak mudah.Aku kembali jatuh dan jatuh, kini segala telahan aku betul bahawa aku tidak selayaknya untuk masuk program seumpama ini. Dan aku tahu bahawa permohonan aku ditolak.

Kalau anda tidak berusaha anda tidak berjaya

Tiada hasil kecuali kecemerlangan, aku tidak tahu apakah maksud yang lebih senang untuk menafsirkan segala peri yang dibawa oleh frasa ini.tapi aku yakin ia mempunyai maksud yang sangat mendalam dan ia tidak lain bermaksud kecemerlangan adalah diperoleh melalui usaha.Memang betul dan tepat bagi diri aku. Saat aku gagal dengan permohonan untuk memasuki gems, tuhan mentakdirkan aku bertemu dengan kawan lama di laman maya, thanks to world wide web dan Facebook. Kawan aku baru sahaja menamatkan bahagian 1 dalam kursus ini. Dia menerangkan tentang bagaimana kebaikan gems pada aku.Dan dia yang mencadangkan kepada aku untuk menelefon sendiri pejabat gems dan memohon untuk menyertai gems secara serius. Mulanya aku agak was was kerana aku punyai pengalaman pahit diabaikan oleh pihak sekretariat.Tanpa berfikir panjang, aku menelefon sekretariat Gems.Aku sangat bertuah kerana Sektariat adalah sangat mesra dan profesional.Aku memohon untuk ditempat kan di Merang Suria Resort untuk batch MSR06A.MSR bermaksud Merang Suria Resort, 06 bermaksud aku adalah batch ke 6 dan A bermaksud kumpulan A. Alhamdulillah aku diterima masuk.Aku mendaftarkan diri pada 12 May 2012 dan dari hari itu bermulalah kehidupan aku sebagai Peserta GEMS.

END OF PART ONE

Friday, September 7, 2012

Nilai sebuah kemenangan

kemenangan adalah sesuatu yang sangat indah untuk dikecapi.sesiapa pun mahukan kemenangan dan kejayaan dalam hidupnya dari seorang pelajar hinggalah kepada seorang ibu dan seorang bapa.Pelajar mengharapkan mereka berjaya mendapat markah yang tinggi dalam pelajaran mereka, dan seorang ibu mengharapkan anak mereka membawa pulang sesuatu yang boleh membanggakan mereka.ia membuat kita menangis dalam kegembiraan.Itulah kepuasan sebuah KEJAYAAN.

Setiap orang mempunyai hak untuk berjaya.Dari sekecil kecil anak di jalanan yang meminta ehsan sehinggalah kepada seorang insan biasa yang bergelar 'kita'.Alangkah indah nya sebuah kehidupan itu sekiranya kita hiasinya dengan sebuah kemenangan yang menjadi sesuatu kenangan yang mampu kita tuliskan dalam ingatan.

Untuk berjaya, resepi yang paling berguna adalah kita harus gembira dengan apa yang kita lakukan.Setiap apa yang kita buat, harus diselitkan senyuman dalam setiap kesusahan. Barulah kejayaan itu akan datang secara tidak langsung kepada kita.Keduanya kita harus tahu akan potensi sebenar diri kita, apa yang kita ada dan apa yang kita tidak ada.Siapa kita dan dimana kita berada sekarang. Ramai orang terlalu mengharapkan sesuatu yang lebih baik dan lupa bahawa apa yang diberikan kepada mereka adalah sebenarnya yang terbaik.

Menjumpai lubuk sungai yang penuh dengan ikan belum tentu kita membuahkan kejayaan bagi kita jika kita tidak pandai memancing. Kemahiran memainkan peranan yang cukup penting dalam kehidupan.mereka-mereka yang berjaya mendapat apa yang mereka mahu, adalah mereka yang mahir dengan apa yang mereka buat.Itu adalah resepi kejayaan yang ketiga.

Masa kekadang sangat laju dan meninggalkan kita jauh dari yang kita impikan.seperti sungai yang deras, sampai satu masa kita akan rasa bahawa kederasan masa tidak mampu lagi kita bendung. Dan kekadang kita tewas untuk terus berharap pada 'usaha tangga kejayaan'.Usah kita lemahkan diri dengan masa, masa akan terus berjalan dan bergerak hinggalah satu saat dan ketika ia terhenti dengan sendiri.Tuhan sudah menentukan bahawa setiap manusia akan berjaya jika mereka berusaha. Soal masa adalah rahsia tuhan.

Kenalpasti apa yang kita ada dan siapa kita.







Tuesday, September 4, 2012

Ulat dalam kepongpon

hidup nie sangat memeritkan bukan, bilamana kita ingin menebus segala kesilapan kita yang lampau, bilamana kesedaran itu terbentuk dari hati, tiba-tiba kita sedar yang sebenarnya kita sudah terlambat. bila kita tahu kepentingan sesuatu benda itu, kita tersedar yang kita sudah kehilangannya.dan bila kita hendak berpatah balik, semuanya sudah terlewat dan hancur.

aku risau untuk menyusun setiap baris ayat-ayat kerana aku takut manusia akan menyalah tafsir maksud sebenar yang ingin aku sampaikan. jika hitam aku takut untuk sebutkan hitam,jika putih aku takut untuk sebutkan putih.kekadang kita perlu menerima hakikat yang manusia tidak suka dirinya dimalukan oleh manusia yang sama taraf dengan nya.kerana itu wujudnya adab dan etika berbahasa, untuk menjaga keharmonian.

Ia sebenarnya tidak mudah untuk terus dalam keadaan harapan yang rapuh dan tidak berasas.kerana kita risau takut takut harapan yang kita susun selama ini akan terus menjadi sesuatu yang sangat mengecewakan.dan aku melalui saat yang saat perit.untuk menilai segala cita-cita dan membandingkan dengan diri.

Orang kata, kalau kita hendak berdiri sama tinggi dengan orang lain, jangan nilai diri kita dengan mereka, kerana tiada manusia yang serupa dan sama didunia ini.jika terus terusan kita menilai diri kita, membandingkan diri kita dengan manusia lain, sampai bila-bila pun kita akan berasa kecewa dan jatuh.dan itu sangatlah membuat kita tidak menghargai diri sendiri.

Orang juga selalu berkata kata dan menilai keburukan manusia lain yang berada di sekeliling mereka tanpa mengambil kira kebaikan dan potensi yang mereka ada. apa yang mereka miliki dan kecapi selama kehidupan. Oleh itu wujudlah pandangan negatif.

Aku selalu mengingatkan dengan para pengikut aku bahawa kehidupan memerlukan ilmu dan ilmu memerlukan semangat dan jati diri sebenar.jika tiada keduanya, maka ilmu itu akan sesat.Kehidupan menjanjikan ilmu yang sangat berguna untuk ditagih. Untuk menagih ilmu, sesungguhnya masa adalah berharga. Seperti ulat dalam keponpong, kehidupan didalam sarang mungkin lebih menjanjikan keselamatan, walaupun tidak lama, tapi kehidupan yang membawa erti yang sebenar adalah diluar sarang.Kerana ketika itulah kita menagih ilmu yang berguna untuk kehidupan.sekian.