Monday, November 9, 2015

pintu besi

terperangkap dalam bilik kosong yang ada hanya sekeping pintu besi dan sebuah tubuh. terpelanting jauh dari manusia peradaban, kian jauh ditarik oleh graviti minda dalam dunia banyak dimensi. berbogel dan dibogelkan oleh masa. maruah dihentak hentak dan dilanyak manusia, kian hancur dan terperusuk ke penjuru.

terperangkap dalam bilik yang ada hanya pintu besi ke dunia sana, kabus dan ribut apa lagi yang mendatang. bukan aku tidak tahu kerenah dunia, jelek dan keji.

Friday, May 22, 2015

Sindrom Takut


aku ada satu sindrom yang dinamakan sindrom takut, dah lama aku sedar keburukan sindrom ni pada diri aku. aku punya sindrom takut gagal, yang mana bila aku buat sesuatu aku takut kalau kalau tindakbalas yang aku dapat tidak seperti apa yang aku nak. aku takut untuk melihat wajah wajah yang memberi harapan ini kecewa dengan hasil apa yang mereka dapat dalam erti kata lain, aku tak nak mengecewakan. lalu alasan dan segala macam jalan aku cari untuk mengelak dari berdepan dengan rasa takut itu yang pada akhirnya aku jatuh dengan perasaan sendiri gara gara ingin menjaga hati orang lain.

aku punya sindrom takut untuk mencoba sesuatu yang diluar batas dan bidang aku sepertinya aku ini tinggal didalam satu botol kaca dan akal hanya mahu mencuba apa yang ada di dalam jangkauan minda yakni didalam botol kaca pemikiran. Lalu aku menjadi takut dan jumud dengan segala idea idea baru yang datang serta semua macam peluang yang akhirnya membuat aku sendiri terkebelakang dan tertinggal jauh dari dunia. aku hidup dalam dunia sendiri.

aku punya rasa takut untuk mengembangkan pemikiran dan selesa dengan kehidupan tanpa apa apa. aku takut untuk sedar yang aku ini hanya manusia yang rendah dari manusia biasa. Rasa takut ini saban hari membunuh aku dari dalam dan setiap cubaan untuk bangkit kembali dari masa lampau seakan akan asid yang mengakis sendiri. Bukan aku tidak mahu membuang rasa takut ini tapi ia sangat tebal dan kalau pun aku berjaya, aku mungkin gila. 

aku punya rasa takut untuk melakukan sesuatu yang aku sendiri tidak tahu apakah ia kerana aku tidak pernah melakukannya hanya kerana aku takut.

Sunday, May 10, 2015

sebenarnya

sebenarnya aku kosong dengan esok dan kelmarin, dan terasa sangat sesak dengan perit dunia dan segala macam rasa yang terselubung dalam diri. terbang aku terbang, untuk sebuah khayalan. kalau ada sebuah sayap telah lama aku terbang. Tuhan kenapa tidak lagi mendengar? atau aku yang sebenarnya bisu. bisu hati dan buta mata.

sebetulnya aku telah lama mati rasa dan kecintaan, yang aku lihat hanya patung patung dan candu wirasa. mana lagi kau nak bawa aku tuhan. jiwa ini telah lelah dan hancur dan kini kian menghancur.

Tuesday, March 31, 2015

terbang rendah

rupanya mata manusia melihat dari luaran memang teramat keji dan hina. kekadang bila melihat orang berkereta besar kita mengatakan mereka sangat bernasib baik sedangkan kita tidak tahu apa sahaja yang mereka telah tempuh segala hina dina dunia dan rupanya dia seorang yang tiada sebelah mata. kita sebenarnya dibawah satu tangan yang mengawal seluruh aturan dunia, yang ditakdirkan senang akan terus senang dan yang ditakdirkan susah akan terus susah kecuali apabila takdir itu diubah oleh mereka sendiri.

aku pun lemah dan lemah dengan keinginan dan nasib, sejauh padang pasir berjalan untuk mencari tujuan dan hala tuju sedang kaki sudah melangkah jauh. sampai ditengah sesat dan tiada arah lagi. sebenarnya aku sudah habis, lama sudah habis namun keinginan ini membuat segala jiwa yang membeku kembali membara.

seekor burung sedang terbang di atas awan, melihat dunia dari kaca mata berbeza dengan manusia. tiada takut hanya keseronokan dan ketenangan. dibawah bumi sana ada cacing yang tersedia, gandum yang terbentang luas. cuma dia hanya perlu terbang rendah dan menjejak ke tanah untuk terus hidup. tapi dia takut, kalau kalau cacing yang dijanjikan hanya omong kosong dan ladang yang terbentang hanya perangkap. dia takut selesa dan pandangan yang indah ini akan hilang dan yang tinggal hanya kelam lalu dia terus terbang dan merasa peritnya kelaparan.

dan kalau tiada perubahan dalam diri dan jejak, lambat laun kita akan tertinggal dan musnah.
dengan sendiri.

Thursday, March 26, 2015

padang sahabat

Sahabat aku ditengah padang yang sungguh luas. tiada arah dan cuaca panas. sudah satu malam aku disini, bulan sepi dan bintang menyembunyikan diri. bingung aku bingung. makin tinggi aku mendaki, makin jauh aku dari realiti. padahal mereka kata semakin tinggi aku daki, aku akan semakin dekat dengan langit tapi lain pula jadinya.

Sahabat aku ini dalam perjalanan yang jauh, ditengah padang yang luas. tiada arah dan cuaca masih panas. malam ini sudah pasti bulan akan masih menyepi dan bintang terus sembunyikan diri. bingung dan aku tetap bingung. warna awan itu birukah atau hitam, kerna aku sudah buta dan jauh dari cahaya.


Monday, March 23, 2015

hidup sebegini

hidup sebegini kekadang membuat aku ini lemas. lemas dalam udara yang singkat dan beracun. hidup sebegini membuat jiwa aku terjerat dan merasa diikat pada sebatang tiang. dan tiang itu besar dan kelam. diatasnya punya dedaun yang tumbuh berwarna gelap dan beracun, menunggu masa untuk jatuh ke bumi.

Hidup sebegini seperti aku bermimpi bertemu makhluk yang hitam kelam. sosok tubuhnya sekejap mengembung dan sekejap mengurus tiada rupa yang jelas dan nyata yang ada cuma warna kegelapan. banyak dan memerhati dari depan muka. takut dan seram.

hidup sebegini seperti kalau mandi kau terasa seperti ditarik tarik dan dihenyak henyak ke dasar. dari atas dan dari bawah, untuk melemaskan kau. sepertinya kau tidak layak mengira lagi nafas kau disini, dan menghitung bintang malam. dan perlahan lahan kau tenggelam ke bawah kerana sudah penat dengan hidup sebegini. dan disaat kau redha dengan kematian sebegini, kau sebenarnya sudah mula mati.

hidup sebegini seumpama kau berdiri ditengah tiang diatas satu gunung. dibawahnya duri yang panjang dan tajam menanti mangsa seterusnya selepas mereka. durinya berkilat menerobos setiap isi badan mangsanya dan nyata kaulah calon mangsa tersebut. di minda kau hanya satu untuk terus hidup dan bertahan tapi bagaimana mahu kau terselamat dari hidup sebegini.




Kota Yang Mati

Seperti sebuah kota, yang dilindungi segala malaikat dan panglima kekadang juga dilanyak dan dihentam oleh anasir pemusnah dan disetiap saat itu angin perubahan selalu menderu ditelinga nya dan hilang dalam sekelip mata. Kekadang disetiap angin angin itu didatangkan harapan dan impian bersama, biarpun hanya sekadar ilusi yang panjang dan berepisod.

Kota ini didokong oleh Nila setia sang durjana perosak diri. Lebih dari segala yang ada. bilamana masa yang telah pergi dia mengira ngira setiap masa yang terlepas, sedangkan kebanyakan masa yang terlepas itu adalah masa depannya. Lebuh yang dilalui bagai arus laju dan sentiasa menghambat jiwa jiwa yang ingin berehat. Katanya ini belum masa untuk berhenti berharap. Dan disana masih ada yang berdiam.

Mudah bukan kata yang sesuai menjaga sebuah kota. Yang imagini nya melebihi duniawi. Dia seperti manusia biasa yang berharap pada sebuah perubahan. kalaupun setiap masa yang ada ini singkat sangat tapi tidak akan sesingkat mana. kerana ia bukan pengakhiran. esoknya kalaupun masih ada kota yang kosong dan tak terjaga, itulah kota nya yang telah mati.